Pernahkah anda melihat di kaca televisyen dimana pada setiap bulan atau masa-masa tertentu, produk-produk seperti Sunlight, Darlie dan terutamanya franchise gergasi seperti McDonalds dan KFC berubah-ubah iklannya?
Di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda salah satu tools yang digunakan sebagai pengukur aras/indicator untuk jenama anda sentiasa segar di pasaran sekaligus meningkatkan keuntungan produk anda.
PRODUCT LIFE CYCLE (PLC)
PLC merupakan pengukur aras kepada tahap KESEGARAN dan KEHANGATAN produk anda dipasaran. Pengukur dari segi pengeluaran stok /jualan produk, dari produk dipasarkan sehingga penurunan jualan produk dipasaran.
![]() |
Graf 1.0 Product Life Cycle (PLC) |
![]() |
Gambar 1.0 Product Life Cycle (PLC)
PENGENALAN/ Introduction: Tempoh pengenalan produk anda dipasaran contohnya " Memperkenalkan Sunlight® Glow baharu!! Memcuci lebih pinggan!!" ataupun anda masih ingat "Penang Seafood Curry! MAGGI® ROYALE!! So Penang!! So Royalicious!!" Dalam fasa pengenalan mana-mana produk pun akan cuba mendaki minat pasaran sasaran serta membina kesedaran terhadap produk mereka termasuklah 2 produk disebutkan ini.
Fasa pengenalan merupakan fasa permulaan, oleh itu penjualan di fasa ini agak rendah tetapi sekiranya jenama anda sudah memiliki reputasi, pasti penjualan produk anda meningkat tinggi dan meletup.
Jika dilihat syarikat gergasi seperti Iphone, sebulan dua sebelum produk dilancarkan, mereka akan membuat usikan/teaser kepada produk, ini akan meningkatkan jualan di fasa pengenalan. Teaser juga ada dalam berbentuk roadshow, seperti Road2MAHA dan juga siri jelajah negeri ke negeri Seminar Dr. Azizan Osman.
PEMBANGUNAN/ Growth: Di fasa ini, penjualan semakin meningkat dimana produk semakin dikenali ramai. Anda harus mengambil kesempatan, sekiranya produk anda laku dipasaran, anda boleh/wajib naikan pengeluaran tetapi harus diingat elakkan pembaziran!! Sila klik di sini :) untuk tips elakkan pembaziran. Maksimakan pemasaran dan pengeluaran produk di pasaran.
KEMATANGAN/ Maturity: Produk anda sudah matang dipasaran. Jenama anda dibibir peminat, menjadi sebutan. Perkukuhkan pemasaran produk anda di pasaran dengan pelbagai promosi selagi produk anda masih segar dan hangat di pasaran. Pada syarikat yang berpengalaman di fasa ini, mereka sudah membuat RnD untuk kempen seterusnya. Sekali lagi, produk anda masih relevan dipasaran, gunakan pelbagai marketing tools seperti roadshow, promosi percuma 1, video di youtube, surat khabar, TVC tetapi dalam pelbagai jenis pemasaran, face2face marketing adalah paling berkesan, jika tidak mengapa Jom Heboh dan siri jelajah Seminar Dr Azizan Osman diadakan hampir setiap tahun.
PENOLAKAN/ Decline: Penurunan dari segi penjualan!! Seakan roda, yang di atas pasti berada di bawah juga tetapi tidak perlu khuatir jenama anda sudah dikenali, penjualan ada tetapi tidak setinggi di fasa 'Growth' dan 'Maturity'. Bersiapsedia dengan kempem baru, dan kitaran PLC bermula kembali.
Untuk usahawan baharu, produk baharu, PLC anda bukan begini. Terdapat sedikit perubahan dari segi masa. Sekiranya anda jenama baru, produk baru yang memerlukan khidmat pemasaran, Koperasi Usahawan Shah Alam Selangor Berhad (KOUSAR) sedia membantu anda.
Semoga apa yang saya nyatakan ini memberi sedikit gambaran kepada anda untuk meningkatkan keuntungan produk anda sekaligus memperkukuhkan jenama anda dipasaran. Suka saya berkongsi dengan pembaca sekalian, kata-kata pujangga China, Xun Zi:
"Tandingi kekuatan orang lain dengan gunakan kelemahan mereka, bagi memperbaiki diri"
Semoga bermanfaat,
sehingga kita bertemu lagi.
Salam Bahagia, Kaya dan Berjaya!!
Assalamualaikum!! |