Maulidur Rasul: 7 Days To Go!!!

Mailidur Rasul: 7 Days to go..







Di hari ke 7 ini, saya akan mengupas satu hadith dimana menjadi sandaran pada umat Islam hari ini tanpa disedari oleh kita sendiri. Pernah dengar ucapan "Kalau buat silap, terlupa atau sengaja takpe..."?Maka hadis inilah yang menerangkan serta sandaran kepada ayat di atas. 

Ulama yang dicintai Mesir ketika dahulu, Ibn Hajar Al-Haitami berkata,



 "Hadis ini mempunyai manfaat yang menyeluruh kerana terdapat 3 perkara yang dibicarakan hadith ini (khilaf, lupa dan dipaksa) sering dijumpai dalam semua masalah fiqah"




Pengajaran kepada hadith di atas adalah:

  1. Orang yang melakukan sesuatu yang dilarang Allah atau meninggalkan perintah Allah tanpa sengaja, baik kerana kekeliruan, lupa atau dipaksa, tidak akan dihukum di akhirat kerana situasi itu adalah kurniaan dan rahmat dari Allah SWT.
  2. Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu melaksanakannya atau menjadikan kita dalam kesulitan. Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:



"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapatkan seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa):"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau tersalah"

Surah Al-Baqarah, 2:286




     3. Diampuni dosa bukan bererti terbebas daripada tanggungjawab lain. Misalnya:


  • Seorang yang tertembak kawan ketika berburu atau tertembak orang Islam ketika berperang dengan orang kafir maka ia tidak dibebani dosa, akan tetapi diwajibkan membayar kafarah.
  • Seorang yang tidak melaksanakan solat kerana tertidur atau terlupa, maka ia tidak berdosa namun ia dituntut menqada solatnya ketika ia ingat atau terjaga daripada tidur.
  • Orang yang dipaksa mengucap perkataan yang menjadikannya murtad tetapi hatinya penuh keimanan. Tetapi jika dia tetap teguh serta tidak mengucapkan perkataan tersebut hingga dia diseksa atau dibunuh, itu lebih mulia baginya dan jika terbunuh dia akan mati syahid.


    Wallahu a'lam, barakallah!!

    *untuk penerangan lain juga terdapat di sini:
  • Tak Sengaja,Terlupa, dan Dipaksa
  • Perilaku Yang Diampuni
  • Hadith Ketiga Puluh Sembilan