Limpahan Kasih Illahi

Konvokesyen UniKL 27/09/14
Aku percaya ada pelbagai kisah konvokesyen. 1001.. dan kisah aku merupakan kisah yang begitu unik untuk aku kongsikan..


 Inilah kisahnya..

Benda ini terjadi pada masa konvo yang lepas, 27 Sept 2014. Setelah tamat majlis konvoku aku terus bergegas untuk sesi fotografi dan sementara aku bersesak-sesakan beratur, aku ternampak kaunter penyerahan jubah.

“Eh, lepas ambil gambar boleh terus serah jubah, tak payah tangguh-tangguh, aku pun belum Zohor lagi..”

Setelah menyerahkan jubah, aku pergi mendapatkan orang tuaku. Sekali lagi mengharungi kesesakan di dewan lobi.

Setiba aku kepada mereka, “Dah setel, jom balik”

“Sebelum balik, amek gambar dlu.. :) ” ujar ibuku.

“ok, jom amek gambar”

“dh tu jubah mana?”

“jubah dh hntr la..”

“APA? HANTAR DAH?!!?? Dah tu cane nk amek gmbr kalu dh hantar?”


“laa, amek je la gni, dgn blazer ni”

“EMPH, bkn konvo le tu kalu pki blazer je gni” sambil kedua orang tuaku bergegas berjalan dari lobi menuju ke tempat meletakkan kenderaan PICC. KECEWA!!

“Tak bole pikir ke, mak ayah nk bergambar dgn anak, dgn baju konvo” aku dibasuh.

“Biarlah, dia dah hantar” dari nada bapaku itu, aku tahu dia pun kecewa.

Beberapa saat berjalan di kepadatan sardin manusia aku senyap, otak aku macam gear berputar. “camne ak nk counter situasi ni?”

Sambil buntu berjalan aku temui @Izzat Farid, terdetik “Jubah dia ni mmg x muat kt aku, pinjam topi jela”

Seraya “bro, pinjam topi jap, ak nk bergambar sbb jubah ak dh hantr la ”. LULUS! Aku terus bawa ibu bapaku untuk bergambar dikertas dinding konvokeyen, setelah bergambar bergegas kembali pulang.







“ok, dh amek gambar puas x?”

“Mane puas, dengan topi je.” Kembali KECEWA! Kembali berjalan disepanjang booth Alumni UniKL.

“Camne ni?Camne ni?” Gear kembali berputar.

Tatkala kecewa, tiba-tiba ternampak, “Weih, @Firdaus Mohd! @Jr Arry Sho! Korg ade lg!” Terasa kemanisan limpahan kasih Allah.


“Malam ni pegi dinner x?”Senyuman aku makin luas.

“InsyaAllah dtg kot”balas Firdaus.

“Pinjam jubah dorg plak” berkata sambil wajah ibuku bersinar gembira. :)




.....

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah pertolongan Allah senantiasa ada pabila diperlukan. Lagi-lagi apabila melibatkan doa ibu bapa dan ingatlah:
1) Ar-Rahman = Maha Pemurah: pemurah kepada setiap insan.
2) Ar-Rahim = Maha Penyayang: hanya kepada Muslim sahaja.

dan sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang!!

Assalamulaikum,


Haziq Othman,
Pelakar Inspirasi,
Haziq Othman Training Consultant